Friday, March 25, 2011

Hari Kerjaya Kejuruteraan Aeroangkasa

Salam & Salam 1 Malaysia,

Esok akan berlangsungnya satu event yang julung kali diadakan oleh School of Aerospace Engineering USM, iaitu pameran kerjaya kejuruteraan aeroangkasa dan penerbangan Radio control airplane di Sekolah kebangsaan sungai acheh, nibong tebal, malaysia.

 cessna rc credit to pic owner

Untuk RC model, kami merancang untuk membawa beberapa rc airplane iaitu antaranya NC2000 1/5 scale piper cub, 1 paragon nitro airplane, 1 frontier nitro airplane, 2 frontier clone nitro airplane, 1 bubble clone electric airplane, 2 electric cloud sky glider, 1 design project student electric airplane, 1 corsair warbird dan 1 skyartech cessna electric airplane.


Program akan bermula dari pukul 0900 - 1300 hrs. semoga hari esok akan cerah, mudah mudahan kerana jika hujan, takut control tower tak bagi kebenaran untuk fly.

semoga semua ok. insyaALLAH...

teringat dulu semasa mula mula cari kawasan untuk event ni, telah membawa kami (area surveyor) ke mengkuang airfield dan juga batu kawan airfield.





gambar di atas adalah mengkuang airfield pada waktu kerja (sebab tu kosong takde flyers). tempat yang bagus untuk fly khususnya bagi newbies.




dan gambar di atas ini adalah gambar di batu kawan airfield iaitu seberang jalan batu kawan stadium. mmg menarik, pemandangan bukit bukau dan rumput yang tinggi (bole crash resist sedikit), tetapi landing strip agak narrow dan ini agak menyukarkan newbie bagi kami.

maka, setelah di syorkan oleh seorang staf dan diperhatikan daripada google maps, kami telah dapat satu tempat yang agak sesuai iaitu di Padang Bola Sekolah Kebangsaan Sungai Acheh, Nibong Tebal, Malaysia.


View Larger Map

Wednesday, March 16, 2011

Radio Control uav prototype test flight

salam & salam 1malaysia

hari ni baru selesai satu program untuk test flight uav yang direka dan dihasilkan oleh student final year di bawah subjek aircraft design 2. ada 2 uav yang telah dihasilkan dengan berat keseluruhan tidak melebihi 2 kg.

amat membanggakan apabila keseluruhan prototype bermula daripada conceptual design, analysis dan prototype testing telah di jalankan sendiri oleh student itu sendiri. ini membuktikan bahawa malaysia boleh! dan lebih membanggakan apabila test flight telah berjaya. walaupun salah satu prototype tidak berjaya di terbangkan selepas mengalami masalah teknikal, tetapi usaha dan test flight sebelum2 ini juga telah menunjukkan kemampuan untuk terbang dengan stabil.

anyway, tahniah kepada semua student yang berusaha gigih untuk projek ini, para pensyarah dan staf teknikal yang membantu dari segi teknikal di makmal dan tapak ujian sebelum, semasa dan selepas acara test flight pada hari ini.

semoga memori hari ini akan menjadi memori yang terbaik dan pengalaman yang hidup yang berguna dalam persediaan anda untuk melangkah sebagai jurutera aeroangkasa sedikit masa nanti. kita tunggu next student batch untuk design yang lebih menarik!

wasalam